Langkau ke kandungan utama

Skil Mengkritik

Mengkritik adalah satu perkataan yang membawa konotatif negatif dalam masyarakat Malaysia. Ia adalah kerana dalam budaya kita, mengkritik dilakukan dengan cara yang kurang betul. Eh, ada ke cara kritik yang betul?

Ada!

Dale Canergie atau John C Maxwell (saya tak ingat) dalam salah satu buku mereka bercerita mengenai satu cara efektif nak highlight sesuatu isu atau buat teguran / kritik kepada subordinates/staff/isteri/
suami/anak.


Kita kadang nak tegur, tapi takut orang terguris. Pakai teknik ni Insyallah tak terguris.

Image result for sandwich

Ia dipanggil Sandwich Technique. Ada tiga lapisan yang perlu dibuat.

1. Lapis Pertama - Pujian
2. Lapis Kedua - Kritik / Maklumbalas
3. Lapis Ketiga - Pujian

Saya beri contoh:

Ayob merupakan supervisor kepada Ramli. Ramli seorang pekerja yang bagus. Dia selalu siapkan kerjanya dengan teliti. Walaubagaimanapun, dalam kerja harian, Ramli selalu hilang mengular. Ayob boleh menegur Ramli menggunakan Sandwich Technique di atas. Begini:

Lapis Pertama
Ramli, aku tengok kau rajin. Kerja yang kau buat customer puji kau punya detail. Diorang suka dan selalu akan tambah order.

Lapis Kedua
Cuma aku tengok lebih dari selalu bila kami carik kau, kau takde di tempat kau, call pun tak jawab, message pun dapat blue tick sahaja. Kalau kau ada sebarang masalah, ada baiknya kita bincang. Ikut dari polisi waktu kerja, kau perlu ada di tempat kerja supaya kita boleh selesaikan pesanan-pesanan customer yang ada. Aku harap kau story sikit apa masalah yang kau hadap. Maybe aku boleh bantu.

Lapis Ketiga
Kau bagus Ramli, aku nampak banyak potensi dalam kau untuk masa depan kau. Kerja-kerja kau banyak bantu syarikat dapat sales yang banyak.

Logik asas dalam teknik ini ialah untuk mendapatkan si pendengar untuk membuka hatinya untuk mendengar. Secara logik, jika kritikan dilakukan secara melulu, si pendengar akan menutup pintu hati, jadi sebarang kritikan akan masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.

Jadi setiap teguran jika dimulakan dengan pujian akan dapat membuka hati si pendengar. Umumnya semua orang suka akan pujian (bukan bodek) yang munasabah. Jadi hati pendengar akan lebih terbuka mendengar kritikan selepas pujian.

Logika lapisan ketiga pula sebagai penutup. Kita nak terus berkawan dan berada dalam hubungan baik dengan orang yang ditegur.

Jangan sebab nak ambil hati anak buah tak tegur perkara2 salah yang mereka buat harian. Company bayar gaji kita untuk kita protect kepentingan company, bukan dibayar gaji untuk ambil hati. Buat dengan betul, insyallah orang tak ambil hati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

INFOGRAFIK - Bagaimana Ayam Halal Ladangku Diproses

Sebagai syarikat yang ditubuhkan untuk menunaikan urusan fardhu kifayah sembelihan untuk umat Islam di Malaysia, Ladangku sentiasa memastikan jalan kerja kami mematuhi batas syariah yang dianjurkan dari perspektif fekah, tauhid serta ihsan. Begini cara ayam diproses di kilang Ladangku setibanya dari ladang-ladang ayam kami. Ladangku adalah jenama yang diasaskan dari operasi halaman rumah kini menjadi salah satu jenama pilihan rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang mementingkan hukum syariat dalam pencarian makanan Halal. Ladangku beroperasi dari pejabat, kilang-kilang dan outlet-outlet kami di negeri Selangor serta ladang-ladang ayam di sekitar negeri Pahang. Kumpulan syarikat Ladangku dimiliki sepenuhnya oleh Mukminin dan kini memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 100 orang Muslimin dan Muslimat dari pelbagai latar belakang sosial dan ekonomi. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 017 258 6218 atau 017 220 6218.

Label Organik Palsu

Penglabelan organik untuk binatang ternakan di Malaysia hanya meliputi ternakan ayam sahaja buat masa ini. Ladang ayam lepas bebas di Bentong, Pahang mengeluarkan ayam organik Yasmin keluaran Ladangku Pengiktirifan organik untuk ayam di Malaysia dibuat oleh satu agensi kerajaan sahaja yakni Jabatan Perkhidmatan Veterinar menggunakan label myOrganic. Prosesnya begitu rapi hinggakan hanya 4 syarikat sahaja yang diberi pengiktirafan ini. Mengapa hanya 4 syarikat? Kerana penilaian bagi produk ayam organik itu merangkumi banyak aspek terperinci dari keadaan tanah sehingga ke pengurusan ayam dan reban. Jadi hanya 4 syarikat ini yang tetap mengikut piawaian yang digariskan Dari 4 syarikat ini, hanya satu syarikat sahaja yang menawarkan ayam diternak secara lepas bebas (freerange) dan alami kembali kepada fitrah. Syarikat ini milik Muslim sepenuhnya dan mereka telah bergiat dalam penanaman buah buahan organik serta sayuran organik sebelum menjadi aktif menternak ayam organik.