Langkau ke kandungan utama

Label Organik Palsu

Penglabelan organik untuk binatang ternakan di Malaysia hanya meliputi ternakan ayam sahaja buat masa ini.
Ladang ayam lepas bebas di Bentong, Pahang mengeluarkan ayam organik Yasmin keluaran Ladangku



Pengiktirifan organik untuk ayam di Malaysia dibuat oleh satu agensi kerajaan sahaja yakni Jabatan Perkhidmatan Veterinar menggunakan label myOrganic.

Prosesnya begitu rapi hinggakan hanya 4 syarikat sahaja yang diberi pengiktirafan ini.

Mengapa hanya 4 syarikat?
Kerana penilaian bagi produk ayam organik itu merangkumi banyak aspek terperinci dari keadaan tanah sehingga ke pengurusan ayam dan reban. Jadi hanya 4 syarikat ini yang tetap mengikut piawaian yang digariskan

Dari 4 syarikat ini, hanya satu syarikat sahaja yang menawarkan ayam diternak secara lepas bebas (freerange) dan alami kembali kepada fitrah. Syarikat ini milik Muslim sepenuhnya dan mereka telah bergiat dalam penanaman buah buahan organik serta sayuran organik sebelum menjadi aktif menternak ayam organik.

Image may contain: food
Mengapa ayam organik mahal?
Penternakan ayam organik secara lepas bebas tidak dilakukan dengan volume yang besar. Ini kerana apabila wujud kelompok ayam yang besar, risiko terjangkit penyakit makin meningkat. Disebabkan ayam organik tidak menggunakan ubatan serta antibiotik, risiko jangkitan penyakit perlu diturunkan dengan mengawal kelompok ayam yang lebih kecil. Ayam organik juga ambil masa yang lama untuk membesar, biasanya 2.5 kali ganda masa diperlukan berbanding ayam daging biasa. Makanan ayam organik juga terdiri dari hasil semulajadi disekelilingnya dan tidak bergantung kepada dedak dari sumber jagung dan bijirin yang diimport yang jauh lebih murah. Ini antara sebab-sebab mengapa ayam organik berharga tinggi. Penternak hanya boleh ke menyara diri dengan harga sedemikian pada masa ini.

Jika anda menjumpai ayam yang berlabel organik dengan harga yang murah, fikirkanlah salah satu faktor di atas yang tidak mereka lakukan yang telah menurunkan harga kos mereka.

Emas ada banyak jenis, yang paling tulen 99.9 pasti tinggi harganya berbanding dengan 91.5.

Hati-hati dengan emas tiruan. Nampak macam emas, tapi bukan emas. Emas tiruan tak boleh dikira untuk berzakat.

#myorganic #ladangku #bestaribersatu #yasmin #halal #chicken #penggunabijak #dvs #halal #N5

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

INFOGRAFIK - Bagaimana Ayam Halal Ladangku Diproses

Sebagai syarikat yang ditubuhkan untuk menunaikan urusan fardhu kifayah sembelihan untuk umat Islam di Malaysia, Ladangku sentiasa memastikan jalan kerja kami mematuhi batas syariah yang dianjurkan dari perspektif fekah, tauhid serta ihsan. Begini cara ayam diproses di kilang Ladangku setibanya dari ladang-ladang ayam kami. Ladangku adalah jenama yang diasaskan dari operasi halaman rumah kini menjadi salah satu jenama pilihan rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang mementingkan hukum syariat dalam pencarian makanan Halal. Ladangku beroperasi dari pejabat, kilang-kilang dan outlet-outlet kami di negeri Selangor serta ladang-ladang ayam di sekitar negeri Pahang. Kumpulan syarikat Ladangku dimiliki sepenuhnya oleh Mukminin dan kini memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 100 orang Muslimin dan Muslimat dari pelbagai latar belakang sosial dan ekonomi. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 017 258 6218 atau 017 220 6218.

Skil Mengkritik

Mengkritik adalah satu perkataan yang membawa konotatif negatif dalam masyarakat Malaysia. Ia adalah kerana dalam budaya kita, mengkritik dilakukan dengan cara yang kurang betul. Eh, ada ke cara kritik yang betul? Ada! Dale Canergie atau John C Maxwell (saya tak ingat) dalam salah satu buku mereka bercerita mengenai satu cara efektif nak highlight sesuatu isu atau buat teguran / kritik kepada subordinates/staff/isteri/ suami/anak. Kita kadang nak tegur, tapi takut orang terguris. Pakai teknik ni Insyallah tak terguris. Ia dipanggil Sandwich Technique. Ada tiga lapisan yang perlu dibuat. 1. Lapis Pertama - Pujian 2. Lapis Kedua - Kritik / Maklumbalas 3. Lapis Ketiga - Pujian Saya beri contoh: Ayob merupakan supervisor kepada Ramli. Ramli seorang pekerja yang bagus. Dia selalu siapkan kerjanya dengan teliti. Walaubagaimanapun, dalam kerja harian, Ramli selalu hilang mengular. Ayob boleh menegur Ramli menggunakan Sandwich Technique di atas. Begini: Lapis Pertama Ramli, aku tengok k