Sebagai syarikat yang ditubuhkan untuk menunaikan urusan fardhu kifayah sembelihan untuk umat Islam di Malaysia, Ladangku sentiasa memastikan jalan kerja kami mematuhi batas syariah yang dianjurkan dari perspektif fekah, tauhid serta ihsan. Begini cara ayam diproses di kilang Ladangku setibanya dari ladang-ladang ayam kami. Ladangku adalah jenama yang diasaskan dari operasi halaman rumah kini menjadi salah satu jenama pilihan rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang mementingkan hukum syariat dalam pencarian makanan Halal. Ladangku beroperasi dari pejabat, kilang-kilang dan outlet-outlet kami di negeri Selangor serta ladang-ladang ayam di sekitar negeri Pahang. Kumpulan syarikat Ladangku dimiliki sepenuhnya oleh Mukminin dan kini memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 100 orang Muslimin dan Muslimat dari pelbagai latar belakang sosial dan ekonomi. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 017 258 6218 atau 017 220 6218.
Personal blog account of Yani Hardinata Hairuddin, a father, a son, a husband and a brother.